INSTAGRAM DAN YOUTUBE PROMIS :: PROF MUHAYA MOHAMAD

INSTAGRAM DAN YOUTUBE PROMIS :: PROF MUHAYA MOHAMAD

Biodata Profil Prof Dr Muhaya Mohamad

INSTAGRAM

>> https://www.instagram.com/profmuhaya

YOUTUBE

>> https://www.youtube.com/channel/UCYFDiRi2baTWUdnFB8aYpVQ/

Usia: 54 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan suami: Doktor perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (doktor optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor Atiyah (doktor perubatan)

Pendidikan:

– 1980 – 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

– 1986 – 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM

– 1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London

Kerjaya

– Profesor Oftalmologi AUCMS
– Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah
– Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur

Prof Dr Muhaya Mohamad
Pencapaian:

– Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh

– Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu.

– Matlamat: “Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai”

Rancangan:

– Tanyalah Ustazah

– Halaqah

– Radio IKIM

BUKU-BUKU PROF MUHAYA

SILA KLIK DISINI>> http://bukuonline2u.com/dr-muhaya-mohamad


Salam buat teman-teman semua, marilah kita sama-sama baca doa di atas, semoga kita semua di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan pada tahun ini yang akan tiba beberapa hari lagi… Amin.
Oklah di kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa kata-kata motivasi dari Prof Dr. Muhaya. saya sentiasa menonton rancangan beliau iaitu celik hati di tv 9. Rancangan tersebut banyak memberi motivasi untuk kita mengubah diri menjadi lebih positif.

Kata-kata motivasi Prof. Dr Muhaya.


  • kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang.

  • kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang…

  • Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain…

  • hidup ini adalah DIY… “Do It Yourself…!!!”

  • org yg selalu kata tak de masa sebenarnya adalah org yg tidak tahu menguruskan masa…

  • siapa pandang dunia, akhirat dia takkan nampak… tp siapa yg kejar akhirat, dunia akan kejar dia…

  • Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain…

  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam

    kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiring dengan riak.

  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

  • Bila kita tahu tujuan hidup kita mencari redha Allah maka kita akan bebas dari penghargaan manusia dan ini hidup yang paling tenang.

  • Hentikan fokus pada perkara remeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain, sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan keluarga sendiri.

  • Apabila kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidup akan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.’

  • Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.’

  • Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.’

  • Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.’

JANGAN LUPA SUBSCRIBE, LIKE DAN SHARE YE:)

Close Menu
WhatsApp